fbpx

KPM guna AI tangani isu murid tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan Sistem Pengesanan Murid KPM (SiPKPM) bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, murid tercicir dan kanak-kanak yang tidak mendapat akses pendidikan.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, sistem itu juga sedang diperkukuhkan dengan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) bagi meningkatkan kecekapan strategi menangani keciciran.

“Sistem ini dapat membantu pihak sekolah mengesan murid secara individu bagi melaksanakan intervensi secara berfokus dan bertindak di peringkat awal.

“KPM juga telah melaksanakan pelbagai program bagi memastikan akses pendidikan yang lebih luas dan inklusif,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) berhubung langkah proaktif yang diambil KPM untuk mengatasi isu-isu berkaitan kehadiran, keciciran dan akses pendidikan yang berkualiti bagi setiap kanak-kanak Malaysia tanpa mengira latar belakang sebagai komitmen berterusan meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.

“Selain itu, KPM telah melaksanakan Program outreach yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pelibatan komuniti setempat bagi membantu murid cicir kembali ke sekolah.

“Pada tahun 2024, program ini berjaya mengembalikan 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah ke dalam sistem pendidikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI