fbpx

2 lelaki Indonesia didakwa jual senjata api guna jalan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnaini (depan) dan Husaini tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Dua lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram pada bulan lalu.

Tertuduh, Zulkarnaini A Rahman, 44, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, manakala Husaini,22, yang berdepan satu pertuduhan pula mohon dibicarakan.

Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Indonesia di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mereka didakwa bersama-sama berdagang dua pucuk pistol jenis Glock, pistol Sig Sauer (1), pistol Smith & Wesson (1) dan selaras raifal M4 Carbine Caliber pada kedudukan l05.3655830N longitud 100.3627220E perairan laut Perai pada pukul 3.10 petang, 27 Januari lalu.

Sementara itu, Zulkarnaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol Sig Sauer di lokasi dan masa sama.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Nur Ashiqeen Mohd. Sultan, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI