fbpx

Ikan syaitan muncul di pantai pelancong 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan syaitan dilihat berenang dekat pantai di Pulau Tenerife. - Vida Marina Tenerife

SANTA CRUZ DE TENERIFE, SEPANYOL – Seekor haiwan marin digelar ‘ikan syaitan’ yang hidup pada kedalaman 1,800 meter di dalam laut, dirakam buat kali pertama berdekatan sebuah pulau pelancongan popular, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Ikan itu dilihat berenang berhampiran permukaan laut, hanya 2 kilometer dari Pulau Tenerife di Sepanyol.

Sebuah video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan ikan bergigi tajam seperti belati itu mengeluarkan cahaya.

Ikan itu menggunakan cahaya daripada aktiviti bakteria untuk mengumpan mangsa ke dalam mulutnya.

Ahli biologi marin Valencia, Laia Valor pertama kali melihat ikan itu di permukaan laut berhampiran pantai San Juan.

Dia menghubungi rakan sekerjanya untuk berkongsi penemuan yang jarang berlaku itu.

“Ia adalah penampakan yang sangat jarang berlaku dan luar biasa.

Kami tidak boleh mengatakan ia tidak pernah berlaku tetapi ini mungkin kali pertama imejnya dirakam seperti ini,” kata Valor.

Ikan Syaitan Hitam dengan nama saintifik, Melanocetus johnsonii biasanya tinggal pada kedalaman antara 200 meter hingga 2,000 meter di dalam laut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI