fbpx

Kementerian Perpaduan fokus program rapatkan jurang sosial rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JAPEN

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan beberapa program bagi merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia sekaligus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, segala pelaksanaan program dan inisiatif adalah berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara iaitu mengukuhkan perpaduan serta integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini kementerian itu belum mempunyai sebarang garis panduan untuk jabatan dan agensi Kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan.

“Program yang dilaksanakan turut mempunyai objektif untuk membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab.

“Selain itu, melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) berkenaan garis panduan untuk jabatan dan agensi Kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi tahun 2025 Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep ‘Negara Bangsa’ dan tema ‘Harmoni Dalam Kepelbagaian’ sebagai fokus utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI