PETALING JAYA – “Pergi ‘gym’ (gimnasium) pakai spender (seluar dalam)? Cik kak, ni ‘gym’ bukan nak gi ‘swimming pool’ (kolam renang) Aku yang perempuan tengok pun seram. Nak seksi pun agak-agaklah. Lepas tu saja tonggeng-tonggeng pula.”
Itu luahan seorang wanita tentang tingkah laku pengunjung lain di sebuah gimnasium yang tanpa segan silu mengenakan pakaian tidak sesuai dan terlalu mencolok mata ketika bersukan.
Menurut wanita itu di aplikasi Threads, individu berkenaan juga seolah-olah sengaja menggunakan semua peralatan yang boleh menampakkan seluar dalamnya sehingga ‘mengganggu’ tumpuan para pengunjung lelaki.
“Mata laki semua ke situ. Masing-masing semangat semua. Pakailah seluar pendek ke,” katanya.
Hantarannya itu turut menerima kecaman daripada orang ramai yang juga tidak senang dengan ‘suasana’ seperti itu malah ada pengguna berkongsi pernah melalui pengalaman serupa.
“Pernah nampak juga. Memang dia buat senaman regangan badan saja sampai sudah,” komen @syedadie_aliydarus
“Dia bukan nak bersenam sebenarnya. Dia tengah cari mangsa,” ujar @chingu_bae.
“Itulah, kadang-kadang pening dibuatnya. Di tempat saya pun ada seorang macam ni, ‘barai’ tengok. Ketiak, tangan dan kaki licin tak apa ni ‘berkerak’,” luah seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE