fbpx

Tukang besi direman 7 hari tetak penganggur guna pisau pemotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUKANG besi (tengah) direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki menetak seorang penganggur sehingga parah dalam kejadian di Jalan Meldrum, Johor Bahru petang semalam. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang tukang besi yang disyaki terlibat dalam kejadian tetak sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah di Jalan Wong Ah Fook, di sini petang semalam direman tujuh hari sehingga Selasa depan.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mohammad Izham Mohd. Aliyas di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam kenyataan mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden pergaduhan berhampiran Merlin Tower di Jalan Meldrum, di sini pukul 2.29 petang semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa iaitu seorang lelaki penganggur berusia 43 tahun cedera parah di bahagian kepala dipercayai ditetak dengan senjata tajam oleh suspek akibat pergaduhan mulut di antara kedua-dua individu yang berada dalam pengaruh alkohol.

Hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau manakala mangsa juga mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI