fbpx

Pesawat terlajak landasan rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang Hampton, New Hampshire. - Foto Jabatan Bomba/Facebook

WASHINGTON – Sebuah pesawat ringan gagal berhenti di landasan sebelum merempuh pokok di Lapangan Terbang Hampton, negeri New Hampshire, lapor laman berita WMUR semalam.

Ketika kejadian, pesawat yang tidak membawa penumpang itu cuba mendarat di hujung landasan ketika cuaca bersalji.

Ia gagal diberhentikan sebelum merempuh pokok lalu berpusing-pusing ke arah hutan berhampiran.

Menurut kenyataan awal Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat Luscombe 8A terbabas dari landasan ketika juruterbang, Dave Lennon sedang melakukan latihan pendaratan.

Selepas nahas, Lennon keluar dari pesawat itu dan berkata, pesawatnya tidak melanggar sesiapa atau objek lain.

“Saya berjalan keluar tanpa sebarang calar. Itu sahaja yang saya katakan,” kata Lennon.

Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI