fbpx

Bomba rawat wanita dirasuk tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota bomba merawat mangsa yang dirasuk. - Bomba Kota Bogor

JAKARTA – Anggota bomba Kota Bogor, wilayah Jawa Barat berjaya memulihkan seorang wanita yang dirasuk ketika membonceng motosikal di tengah jalan, lapor laman berita Detik semalam.

Seorang anggota bernama Ahmad Dedi Supriyatna memulihkan mangsa dalam tempoh 30 minit.

Ketua Jabatan Bomba dan Kecemasan, Jabatan Bomba Kota Bogor, M Ade Nugraha berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai AN meronta-ronta ketika dirawat oleh anggotanya yang memiliki kebolehan ‘istimewa’ tersebut.

“Mangsa meronta-ronta dan meludah anggota kami. Namun, situasi akhirnya berjaya ditangani oleh Ahmad Dedi. 

“Dia (Dedi) sudah biasa merawat orang dirasuk,” kata Ade.

Seorang anggota bomba Kota Bogor, Kristian Permana berkata, jabatan bomba sebelum itu menerima laporan kecemasan yang memberitahu bahawa terdapat seorang wanita dirasuk di tengah jalan.

Katanya, mangsa dirasuk ketika motosikal yang diboncengnya berhenti di lampu merah persimpangan Sukasari.

Ujarnya, wanita itu tiba-tiba turun daripada motosikal dan meraung, menyebabkan rakannya yang menunggang kenderaan tersebut menghubungi pihak bomba. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI