fbpx

Khalifah Media Networks ‘one stop center’ usahawan PMKS pasar produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sesi latihan yang telah dijalankan pasukan Khalifah Media Networks dalam membantu pelanggan memasarkan produk.

PETALING JAYA – Syarikat pemasaran digital, Khalifah Media Networks sedia membantu usahawan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam memasarkan produk mereka secara dalam talian.

Mempunyai kepakaran lebih lima tahun dalam bidang terbabit, Pengarah Urusan Khalifah Media Networks, Mohd. Huzaifah Muntalip berkata, antara servis yang ditawarkan pihaknya termasuklah pembangunan web, ‘grafik design’ dan pengurusan majlis.

Malah, syarikat yang berpusat di Alor Setar, Kedah dan mempunyai pejabat cawangan di sini turut menawarkan khidmat latihan, penghasilan video, animasi 2D, 3D selain kandungan digital serta kerja-kerja lapangan.

“Kami menyediakan pelbagai jenis latihan sesuai dengan kemahiran yang ada dalam industri ini.Malah latihan yang disediakan ini juga diperakui oleh badan-badan profesional seperti Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

“Kami juga telah mendapat pengiktirafan oleh badan-badan profesional seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Majls Amanah Rakyat (Mara), Kementerian Kewangan dan juga Kelayakan OTHM United Kingdom,”katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Huzaifah berkata, syarikat itu juga boleh dikategorikan sebagai ‘one stop center’ bagi memudahkan urusan pendigitalan perniagaan mahupun kerja-kerja di lapangan.

“Kami mempunyai pasukan yang lengkap dengan pelbagai kepakaran masing-masing yang memenuhi keperluan setiap usahawan atau pelanggan kami.

“Pada masa yang sama, pengalaman kami sebagai sebuah syarikat yang lebih lima tahun membuktikan khidmat yang disediakan ini diterima baik oleh para pelanggan sebelum ini,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI