fbpx

Mula-mula terima, lama-lama macam ‘neraka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hidup bermadu sering digambarkan sebagai satu ujian besar dalam rumah tangga, namun bagi sesetengah wanita, ia boleh berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak berpenghujung.

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Threads, dia mendakwa hidupnya hancur selepas suaminya berkahwin dengan isteri kedua.

Kata wanita itu, pada awalnya dia menerima keputusan suaminya untuk berkahwin lagi dengan hati terbuka dan selepas hampir setahun hidup berpoligami, keadaan berubah apabila dia mula merasakan dirinya serta anak-anak semakin diabaikan.

“Saya sanggup berkongsi kasih kerana percaya suami akan berlaku adil. Tetapi selepas dia berkahwin dengan isteri muda, perhatian dan kasih sayangnya semakin berkurang. Saya dan anak-anak mula terpinggir.

“Jika dahulu perkahwinan kami indah dan bahagia, kini seperti neraka apabila penuh dengan keseksaan jiwa dan emosi saya dan anak-anak,” luahnya.

Wanita itu juga mendakwa suaminya bukan sahaja jarang pulang ke rumah, tetapi mula mengabaikan tanggungjawab kewangan terhadapnya dan anak-anak, malah bil rumah serta keperluan sekolah dua cahaya mata itu terpaksa ditanggungnya seorang diri.

“Dulu, dia seorang suami dan ayah yang penyayang. Tetapi sekarang, dia seolah-olah sudah lupa bahawa dia masih mempunyai keluarga pertama yang memerlukan kasih sayangnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI