JAKARTA – Satu klip video tular di Bali menunjukkan berpuluh-puluh penduduk mengambil minyak masak yang bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori terbalik akibat kemalangan, lapor portal berita Abatanews semalam.
Kejadian berlaku di hadapan Safari Marine Park pada Sabtu lalu.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @zoelfick memaparkan orang ramai berpusu-pusu memindahkan berpuluh-puluh kotak berisi minyak masak ke tepi jalan.
Lebih mengejutkan, mereka sebenarnya membantu pemandu lori tersebut dan bukannya mencuri minyak masak.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.5 juta tontonan dan rata-rata, netizen memuji sikap penduduk setempat yang tidak mementingkan diri sendiri.
“Pemahaman masyarakat Bali, mereka takut untuk mencuri disebabkan karma,” kata seorang netizen.
“Kalau di Medan, hilang semua minyak masak itu,” kata netizen lain. – AGENSI