fbpx

Wanita berhimpit dalam tandas kereta api 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tiga gadis berhimpit di dalam tandas sebuah kereta api di India. - Instagram

NEW DELHI – Perbuatan tiga wanita di India yang sengaja duduk di dalam tandas selepas kereta api dinaiki mereka sarat dengan penumpang mengundang kecaman orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mamman5645 memaparkan tiga wanita itu berhimpit di sebuah tandas ketika dalam perjalanan menuju ke perhimpunan agama Hindu di Prayagraj. 

Seorang gadis itu berdiri di atas mangkuk tandas, manakala dua lagi wanita berdiri di sebelahnya sambil ketawa. 

Rata-rata, netizen mengkritik perbuatan tersebut kerana mereka bukan sahaja mementingkan diri sendiri, malah mengganggu penumpang lain yang perlu menggunakan tandas. 

“Tolong tangkap mereka yang sengaja menghalang orang ramai daripada menggunakan tandas,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI