fbpx

Pemain bola sepak berterabur lari takut puting beliung debu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ‘puting beliung debu’ yang melanda padang bola sepak di Luque, Paraguay. - X

ASUNCION – Satu perlawanan bola sepak di Paraguay terpaksa dihentikan apabila padang permainan mereka dilanda puting beliung, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku di Pulau Bogado, bandar Luque baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di laman X memaparkan pusaran angin melanda padang bola sepak sehingga mencetuskan ‘puting beliung debu’ mirip dalam filem Hollywood. 

Ada antara pemain cuba melarikan diri sambil menjerit ketakutan. 

Namun, beberapa penduduk setempat ketawa melihat fenomena cuaca itu. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ini bukan puting beliung debu tetapi ‘setan’ debu,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI