fbpx

Pengusaha bot senyum, lokasi memancing ‘hidup’ semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di jeti nelayan sungai Tanjung Air Hitam kembali meriah dengan kehadiran udang setelah bebas pencemaran di Pontian.

PONTIAN – Setelah tiga bulan Sungai Tanjung Air di sini sepi tanpa kehadiran kaki pancing susulan kejadian pencemaran, kini kawasan tersebut kembali meriah dengan kedatangan para pemancing udang galah.

Selepas kejadian tersebut, Jabatan Perikanan Johor telah melepaskan sebanyak 90,000 benih udang galah bagi ­menggantikan udang-udang ga­lah yang telah mati berikutan pencemaran tersebut.

Seorang tekong sambilan, Mohammad Faliq Daud, 34, berkata, kehadiran semula kaki pancing telah mengembalikan semua suasana kemeriahan Kampung Tanjung Air seperti sebelumnya.

Katanya, suasana ini dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada hujung minggu dan cuti umum.

“Alhamdulillah, pemancing telah kembali semula bagi memburu udang galah sehingga sepit biru sama ada bagi juadah mahupun sebagai sumber pendapatan sampingan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Kosmo! pada 25 Julai tahun lalu melaporkan, pencemaran Sungai Tanjung Air Hitam menyebabkan kira-kira satu tan udang selain ikan mati.

Ia menyebabkan pengusaha bot kehilangan sumber pendapatan kira-kira RM6,000 bagi tempoh empat hari dan jika berlarutan sehingga dua minggu menyebabkan kerugian RM20,000.

Katanya, kehadiran mereka turut membantu memulihkan kembali aktiviti sewaan bot kepada para pemancing yang mana sewaktu pencemaran penyewa­an bot telah terhenti.

“Terdapat 11 pengusaha bot di Sungai Tanjung Air Hitam dengan kadar sewaan RM80 hingga RM150 sehari,” ujarnya.

Katanya, pemancing berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya setengah kilogram hingga satu kilogram udang galah setiap kali turun ke sungai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI