fbpx

Kerjasama Malaysia, Turkiye tidak harus ketepikan sektor PKS – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam majlis makan di Menara Berkembar Petronas (KLCC).

PUTRAJAYA – Selain memberi tumpuan utama kepada sektor ekonomi utama, kerjasama Malaysia dan Turkiye juga tidak harus mengenepikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKS merupakan tunjang utama dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Justeru, katanya, beliau mahu Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan The Foreign Economic Relations Board of Turkey ( DEIK) memberi tumpuan kepada sektor itu.

“Seperti sedia maklum bahawa kekuatan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada PKS dan sektor ini mempunyai potensi besar untuk berkembang.

“Kita (Malaysia-Turkiye) perlu menyediakan infrastruktur yang membolehkan mereka (PKS) berkembang dan seterusnya menjadi lebih inovatif serta menikmati manfaat ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut menyampaikan ucaptama pada forum sama.

Katanya, walaupun perbincangan sering tertumpu pada syarikat multinasional dan konglomerat, kejayaan sebenar bergantung pada bagaimana kerjasama ini menyokong PKS dalam ekosistem rantaian bekalan yang efektif.

Anwar berkata, beliau juga ingin menekan bahawa Erdogan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan dan memperkukuhkan rancangan ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau berpandangan bahawa sasaran AS$10 bilion nilai dagangan antara Malaysia dan Turkiye dapat dicapai lebih awal berbanding tempoh lima tahun ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI