fbpx

F1: Hamilton tidak mampu bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mengejutkan dunia F1 apabila memilih bersama Ferrari selepas 12 tahun menyertai Mercedes. - AFP

LONDON – Bekas bos Formula 1 (F1), Bernie Ecclestone meramalkan gabungan Lewis Hamilton bersama Ferrari tidak akan bertahan lama dan akan berakhir dengan kegagalan.

Hamilton yang merupakan juara dunia tujuh kali F1 mengejutkan dunia permotoran apabila mengumumkan perpindahan dari Mercedes ke Ferrari bagi musim 2025, menamatkan 12 tahun cemerlangnya bersama pasukan Jerman itu.

Meskipun sudah mula menyesuaikan diri dengan jentera baharunya menerusi sesi ujian bersama Ferrari, Ecclestone tetap skeptikal mengenai masa depan pelumba berusia 40 tahun itu di Scuderia.

“Dia takkan bertahan lama. Piero Ferrari yang membawa dia ke sana, masih percaya mereka telah membuat keputusan yang betul. Saya harap mereka memang betul.

“Saya harap mereka menyesal dengan keputusan itu. Apapun, saya ada teori sendiri. Ia bukan soal umur, tetapi berapa lama seseorang itu mampu melakukan perkara yang sama.

“Saya rasa Lewis (Hamilton) sudah penat. Dia kehilangan motivasi. Jika dia belum pernah menang kejuaraan dunia, mungkin ada dorongan untuk mencapainya. Tetapi, dia sudah ada tujuh (gelaran),” kata Ecclestone.

Selain itu, Ecclestone turut memberi amaran bahawa Hamilton mungkin berdepan cabaran dari dalam pasukan sendiri terutama populariti rakan sepasukannya, Charles Leclerc.

“Pasukan lebih senang dengan Leclerc. Dia bercakap dalam bahasa mereka, jadi sudah tentu mereka akan menjaganya. Walaupun Lewis beraksi dengan baik, dia tetap akan ada ramai ‘musuh’ kerana dia baru sahaja tiba,” tambahnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI