fbpx

‘Siapa cetus idea ni? Sedekah uniform, siap gantung di ampaian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsikan memaparkan usaha pihak sekolah dan ibu bapa membantu golongan yang memerlukan dengan menyumbang kelengkapan sekolah terpakai.

PETALING JAYA – “Tadi singgah sekolah anak nak beli buku teks. Dulu ampaian ni kecil saja, letak di depan pondok jaga. Alhamdulillah, sekarang ampaian dah makin besar.”

Itu reaksi seorang lelaki di atas usaha murni pihak sekolah anaknya dan ibu bapa yang menyumbang baju sekolah terpakai namun masih berkeadaan baik untuk digunakan golongan memerlukan.

Lebih menarik, baju-baju sekolah yang disumbang itu ada yang belum pernah digunakan, disusun dan digantung dengan baik bagi memudahkan ibu bapa atau pelajar memilih mengikut keperluan serta saiz masing-masing.

“Mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak pakai boleh letak di sekolah. Ibu bapa yang bajet tengah ketat, boleh datang pilih dan ambil. Terima kasih kepada mereka yang cetuskan idea macam ni. Sungguh memberi 1,000 makna.

“Kos untuk tiga ke empat orang anak nak masuk sekolah lebih RM1,000 tak lari. Kita sama-sama bantu. Di saat dunia dipenuhi dengan sang tamak, tak ada hati perut, Alhamdulillah masih ada yang pemurah,” katanya di Facebook menggunakan nama Wan Luqman.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Noor Asmidar Ahmad Kamal turut berkongsi situasi serupa di sekolah anaknya.

“Baru terjadi tadi, sukarelawan di sekolah anak. Antara bagi sumbangan beg-beg sekolah, syukur ada yang bawa pulang. Semoga berjasa kepada tuan baru,” ujarnya.

Perkongsian itu meraih pujian orang ramai yang menyifatkan usaha berkenaan sebagai salah satu cara terbaik membantu golongan yang memerlukan.

“Boleh buat di semua sekolah. Bantu ringankan beban yang kurang berkemampuan,” komen Yang Sheila.

“Bagusnya sekolah ni. Sekolah anak saya tak ada buat macam ni. Saya barang apa pun tak beli lagi. Duit bantuan sinpan untuk beli buku enam orang yang masih bersekolah,” luah pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI