fbpx

Man Tiger direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHKAMAH Majistret Batu Pahat membenarkan reman tujuh hari ke atas lelaki dikenali sebagai Man Tiger bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan di Kampung Bakit Batu, Machap, Simpang Renggam, Kluang semalam.

BATU PAHAT – Suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Kampung Bukit Batu, Machap Simpang Renggam di sini tengah hari semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan.

Majistret Mustaqim Sukarno membenarkan permohonan reman ke atas yang dikenali sebagai Man Tiger, 32, bagi membolehkan siasatanmengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 ke atasnya dijalankan.

Terdahulu, suspek dikawal ketat pasukan polis tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Batu Pahat kira-kira pukul 2.15 petang sebelum keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Suspek ditahan kira-kira pukul 7 malam tadi di Tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan, di Simpang Renggam di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya masih memburu tujuh lagi suspek yang dipercayai terlibat sama dalam kejadian ini bagaimanapun masih bebas dan usaha mengesan sedang giat dijalankan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI