fbpx

[VIDEO] Rupanya kucing pandai makan guna ‘tangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat seekor kucing makan menggunakan kaki hadapannya.

PETALING JAYA – Siapa sangka kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering dikaitkan dengan kelucuan dan kecomelan, sebenarnya mampu makan menggunakan ‘tangan’.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seekor kucing menggunakan kaki depannya untuk mengambil makanan sebelum memasukkannya ke dalam mulut, seolah-olah meniru cara manusia makan.

Video dengan tontonan lebih 1.5 juta itu berjaya memikat hati netizen apabila rata-ratanya teruja melihat gelagat kucing berwarna kelabu hitam itu yang begitu mahir menggunakan kaki depannya untuk mengambil makanan kering dari mangkuk.

“Saya rasa kucing ini anak putera raja yang disihir. Cuba awak cium mulut dia (kucing) dengan ikhlas, tengok bertukar ke tak,” seloroh Aty.

“Tiba-tiba rasa seram sebab dia (kucing) siap perhati keadaan sekeliling dahulu sebelum makan macam manusia,” kata Azizi.

“Patutlah makanan cepat habis, makan macam ini rupanya,” kata pengguna yang lain.

Sementara itu, menerusi semakan Kosmo! pada carian di Google, perbuatan kucing makan menggunakan kaki hadapannya ini sebenarnya bukan sesuatu yang terlalu luar biasa.

Kucing sememangnya haiwan pintar dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan mempelajari teknik makan seperti itu secara semula jadi dan ada juga yang meniru tingkah laku manusia atau haiwan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI