fbpx

Nak cerai, tetapi sijil nikah Thailand?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pasangan yang bernikah di Siam, Thailand dan tidak mendaftar pernikahan tersebut di Malaysia tidak dibenarkan untuk membuat permohonan perceraian di negara ini.

Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli menerusi catatan di kumpulan Telegram, Nota Syarie by Fahmi Ramli semalam berkata, ada dua cara boleh dilakukan oleh pasangan yang berkahwin di sempadan Thailand untuk menfailkan perceraian mereka.

“Cara pertama buat pengesahan nikah di Malaysia, selepas dah disahkan nikah tersebut barulah boleh failkan perceraian di mahkamah syariah dalam Malaysia.

“Yang kedua, menikah dekat mana? Contoh dekat Siam, jadi kena pergi semula ke Siam untuk membuat permohonan cerai di sana, ikutlah undang-undang yang ada di sana seperti mana nikah,” katanya.

Tegasnya, pasangan yang berkahwin di Siam tidak boleh menfailkan permohonan mereka di Malaysia selagi mana mereka hanya memiliki sijil pernikahan dari negara gajah putih itu.

“Tolonglah jangan pergi menikah di Siam. Kalau anda berkahwin di Siam, surat nikah yang dapat di Siam tak boleh dipakai di sini (Malaysia).

“Kalau nak failkan perceraian dekat mahkamah di Malaysia ini, jadi tak boleh selagi mana tidak ada sijil nikah yang didaftarkan (di Malaysia),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI