fbpx

‘Maaf, saya silap’ – Imran Bard kesal bikin konten berunsurkan LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMRAN menyesali tindakannya memuat naik konten ada unsur LGBT dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas keterlanjurannya.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial popular, Imran Bard tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi menghasilkan konten berunsurkan LGBT baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun media sosial, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 24, berkata, dia sedar kandungan yang dihasilkannya telah menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kandungan yang saya kongsikan baru-baru ini.

“Tuduhan bahawa saya menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat. Saya akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu pada ketika itu. Saya amat kesal jika perkara ini mengecewakan mana-mana pihak.

“Saya ambil maklum setiap teguran yang diberikan dan akan berusaha untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang. Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberikan,” tulisnya dalam kenyataan itu.

Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab mengapa mengambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf tersebut.

“Sejujurnya saya ambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf kerana saya tidak mahu dilihat sebagai seseorang yang buat salah, minta maaf, lepas itu buat lagi.

“Satu perkara yang saya boleh janjikan, perkara yang sama tidak akan berlaku lagi di masa hadapan,” tulisnya dalam satu hantaran dalam X.

TANGKAP layar permohonan maaf Imran yang menyesali tindakannya memuat naik konten tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat. – INSTAGRAM

Terdahulu tular dalam media sosial video Imran bersama seorang pempengaruh membuat kandungan romantis antara lelaki dan lelaki.

Disebabkan itu, dia telah dikecam hebat oleh netizen kerana cuba menormalisasikan budaya LGBT di Malaysia. Netizen juga meminta agar jenama-jenama yang bekerjasama dengannya membatalkan kontrak serta merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI