fbpx

Nenek ‘mati’ selama 40 minit hidup semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUA (dua dari kiri) hidup semula selepas tidak bernafas selama 40 minit. - Foto Khaosod

BANGKOK – Seorang wanita berusia 85 tahun di wilayah Buriram, timur laut Thailand, mengejutkan keluarganya apabila dia hidup semula selepas ‘mati’ selama 40 minit, lapor portal berita MSNews semalam.

Wanita berkenaan bernama Pua Sriphueng. Cucunya, Sommai Dee-la-at berkata, dia mendapati warga emas itu kaku dan tidak bernafas sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) .

Cucunya gagal menyedarkan Pua. 

Dia kemudian memanggil ahli keluarga lain untuk hadir bagi memberikan penghormatan terakhir, demikian menurut portal berita Khaosod.

Sommai turut menghubungi pasukan penyelamat untuk membawa ‘mayat’ Phua ke wat bagi mengadakan upacara keagamaan.

Namun, 40 minit kemudian, Pua tiba-tiba bingkas bangun dan duduk ketika mereka sekeluarga bersiap untuk mengangkat tubuhnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI