fbpx

‘Mustahil kami bercerai’ – Kamal Adli nafi dakwaan ke mahkamah syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal berkata bercerai bukan pilihan dan hampir mustahil ke arah itu kerana kasih sayangnya terhadap keluarga kecilnya terlalu mendalam. -Foto SYAKIR RADIN

AMPANG – Semuanya baik-baik sahaja, pelakon Kamal Adli menafikan dakwaan dia dan isteri, Uqasha Senrose, hadir ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga.

Ujar Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, bercerai bukan pilihan dan mustahil ke arah itu kerana kasih sayang terhadap keluarga kecilnya terlalu mendalam.

“Eh! Tak ada. Saya pun tak tahu di mana mahkamah syariah itu.

“Doakan yang baik-baik sahaja dan mustahil untuk saya ke tahap itu (bercerai).

“Insya-Allah tidak, saya sayang anak dan isteri saya,” katanya kepada Kosmo!

Bahagia dengan isteri tercinta, pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu menyifatkan segala spekulasi hanyalah andaian orang luar yang tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Alhamdulillah setakat ini kami okey, tiada masalah.

“Sekarang saya cuma mahu luangkan masa bersama keluarga kerana sebelum ini terlalu sibuk bekerja,” jelasnya ketika majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025, di sini, semalam. 

Walaupun cuba mengetepikan gosip liar, Kamal mengakui dakwaan tersebut sedikit sebanyak mengganggu emosi apatah lagi apabila ibu dan keluarga Uqasha sendiri turut bertanya mengenai perkara itu.

“Terganggu sebab ramai orang bertanya, sampai ibu saya dan keluarga Uqasha pun tanya ada masalah ke?

“Tapi kami ‘handle’ dengan positif dan pejam mata sahaja. Cuma sekarang kami berdua memang sibuk dengan kerja masing-masing,” tuturnya.

Sebelum ini, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka di ambang kehancuran.

Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI