fbpx

‘Betapa gilanya kami saling mencintai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Memiliki prinsip hidup sama merupakan sebab utama pelakon Hanis Zalikha memilih aktor, Hairul Azreen sebagai suami.

Ujar Hanis atau nama lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 35, Hairul bukan sahaja mempunyai sikap murah hati dan empati tetapi turut menjauhi perkara terlarang.

“Satu perkara yang akan sentiasa sama ialah prinsip hidup. Saya sangat mementingkan perkara ini apabila memilih suami pada masa itu.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang tidak merokok, minum (alkohol), mengambil dadah dan terlibat dengan duit haram.

“Kami memiliki sikap yang sama iaitu murah hati dan empati,” katanya dalam InstaStory.

Pelakon yang kini aktif dalam dunia perniagaan itu turut berkongsi tentang kisah percintaan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak rasa orang akan faham bagaimana saya menyimpan perasaan terhadap dia (Hairul) dan dia pun berbuat perkara yang sama.

“Kami sangat gila dalam percintaan. Rakan-rakan kami pun menyaksikan betapa gilanya kami antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Hanis menjawab pertanyaan netizen mengenai keyakinannya terhadap pemilik nama lengkap Hairul Azreen Idris sebagai suami walaupun mereka memiliki perbezaan.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 9, dan Alisa Aisyah yang kini berusia enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI