KLANG – Seorang pemandu lori kontena maut selepas jentera dipandunya terbabas di susur keluar Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) awal pagi tadi.
Mangsa berusia 33 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas serta Shah Alam terlibat dalam operasi selepas menerima panggilan kecemasan pukul 3. 04 pagi.
Katanya, berdasarkan maklumat awal lori tersebut terbabas sendiri dengan seorang mangsa tersepit.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 5.33 pagi dan telah di sahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
“Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya dan operasi ditamatkan pukul 6.20 pagi,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE