fbpx

‘Kami baik-baik sahaja’ – Zehra Zamri nafi rumah tangga bergolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penyanyi yang juga finalis Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Zehra Zamri, 38, menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bergolak.

Spekulasi tersebut timbul selepas suaminya dilihat tidak lagi hadir menemaninya di konsert GV11 serta memadam gambar-gambarnya dalam akaun media sosial, Instagram.

“Alhamdulillah kami baik-baik sahaja. Suami saya seorang yang tidak suka terdedah dengan dunia seni. Dia kurang faham selok-belok dunia seni. Dia mahu saya seorang sahaja yang ke depan.

“Memang awal-awal pertandingan dulu dia selalu teman saya namun anak-anak kami juga perlukan perhatian. Jadi dia berkorban untuk jaga anak-anak. Kami tak pernah hantar anak kepada pengasuh sebab saya ada ‘anxiety’, tak percaya orang luar jaga anak saya. Jadi saya minta tolong adik beradik untuk jaga saya di GV11.

“Soal padam gambar dalam media sosial pula, suami tidak mahu orang kenal dia adalah suami saya. Dia pun tidak suka jika orang asyik bertanya tentang saya kepadanya. Sebelum ini kami ‘private’ akaun media sosial tetapi apabila saya kembali semula menjadi artis, ramai yang cuba mencari maklumat tentang saya termasuklah siapa suami saya,” katanya ketika ditemui usai tamat konsert akhir GV11, semalam.

Menurut pelantun lagu Semalakama itu lagi, dia tidak menafikan pelayaran bahtera rumah tangga yang kedua ini juga tidak mudah. Tetap harus tempuhi ombak dan badai.

“Dalam mana-mana perkahwinan pun pasti ada ujiannya. Kami pun tidak terlepas. Saya akui perkahwinan kali ini pun tidak mudah. Kami juga pernah diuji dengan konflik keluarga.

“Tetapi seperti saya katakan ketika ini kami baik-baik sahaja. Cuma suami saya tidak mahu menonjol dan kurang selesa dengan dunia seni,” ujarnya.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum ini Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhafiz Hariri Wan Mohd Effendi pada Oktober 2017 namun bercerai pada April 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI