JAKARTA – Sebuah kereta elektrik rosak sehingga menyebabkan lalu lintas menjadi sesak di Ancol, Jakarta Utara, lapor portal berita DetikNews hari ini.
Kereta itu kemudian ditunda oleh pihak polis yang turut mengawal lalu lintas.
“Kami membantu menunda kereta itu dari lokasi sampai ke rumah.
“Saya tidak tahu kenapa kereta itu tidak dapat bergerak,” kata seorang pegawai polis tempatan, Donni Bagus Wibisono ketika dihubungi wartawan.
Sementara itu, pengedar kereta itu berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada pemilik kenderaan yang rosak itu. – AGENSI