JAKARTA – Satu penampakan lembaga putih dipercayai puntianak dirakam berada di atas bumbung sebuah rumah di Indonesia, lapor portal berita RCTI semalam.
Rakaman video kejadian dimuat naik di platform TikTok menggunakan akaun @vitosena8.
Jika dilihat pada rakaman video, terdapat makhluk berambut panjang dan berbaju putih sedang duduk di atas bumbung rumah tersebut.
Perakam video juga percaya bahawa penampakan itu adalah puntianak.
“Kakak punti (puntianak), asyik terbang di atas rumah?” kata pemilik akaun itu.
Dalam video itu, lembaga tersebut dilihat memiliki rambut putih panjang.
Seorang netizen menganggap kehadiran puntianak itu disebabkan ada bayi atau wanita hamil di rumah tersebut. – AGENSI