fbpx

Industri penerbangan Turkiye-Malaysia tawar lebih 100 kekosongan jurutera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erdogan ketika menyampaikan Syarahan Umum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Turkiye berhasrat membangunkan hubungan dengan Malaysia berdasarkan visi kerjasama teknologi dan pengeluaran bersama melibatkan industri penerbangan Turkiye-Malaysia yang mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 100 jurutera muda Malaysia.

Presidennya, Recep Tayyip Erdogan berkata, dengan kerjasama syarikat industri pertahanan Turkiye, pembinaan kumpulan kedua Kapal Misi Littoral juga sedang dijalankan.

“Selain itu, kami mempunyai kerjasama yang ketara mengenai pesawat udara tanpa pemandu, ANKA UAVs,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Umum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Katanya, dari segi jumlah nilai dagangan bersama antara kedua-dua negara, ia melebihi AS$5 bilion pada 2024 iaitu selaras dengan sasaran yang tetapkan.

Erdogan berkata, pihaknya menyasarkan untuk meningkatkan perdagangan sehingga AS$10 bilion dengan cara yang seimbang.

Menurutnya, Turkiye dan Malaysia mempunyai ciri unik sebagai pintu masuk ke Asia dan Eropah, justeru adalah lebih baik kedua-dua negara dapat mengukuhkan lagi sektor udara dan penerbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI