fbpx

Pemuda nekad terjun sungai elak dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dari BBP Kluang melakukan operasi SAR ke atas seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Sembrong, Batu 5, Jalan Mersing-Kluang, Kluang hari ini.-Foto IHSAN BOMBA

KLUANG – Seorang lelaki nekad bertindak terjun ke dalam Sungai Sembrong di sini untuk meloloskan diri daripada dicekup polis dalam kejadian di Batu 5, Jalan Mersing-Kluang di sini petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, lelaki berusia dalam 22 tahun itu bertindak demikian sejurus sepasukan polis melakukan operasi membasmi aktiviti penagihan dadah dan kini mangsa hilang dikhuatiri lemas.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Jusoh Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.56 petang daripada pihak polis untuk mengesan mangsa yang terjun ke sungai berkenaan.

“BBP Kluang menerima panggilan kecemasan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di air melalui talian terus ke balai pada pukul 4.56 petang hari ini di Batu 5, Jalan Mersing, Kluang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar seorang mangsa telah terjun ke dalam Sungai Sembrong semasa operasi membasmi dadah oleh pihak polis di lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jusoh berkata, PKO melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknik ‘surface searching’ di lokasi.

Bagaimanapun SAR itu ditangguhkan pada pukul 7 malam tadi kerana cuaca gelap dan akan disambung pada hari esok. Identiti mangsa juga belum dikenal pasti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI