fbpx

Mujur bunga api tak sambar pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan yang dilihat ketakutan melarikan diri dari pelamin untuk mengelakkan percikan api daripada mengenai dirinya. - TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Sarolangun, wilayah Jambi menjadi perhatian pengguna media sosial selepas kek majlis perkahwinan mereka mengeluarkan percikan besar bunga api sehingga menyebabkan pengantin perempuan melarikan diri, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan pengantin baharu itu dilihat sedang memegang pisau untuk upacara memotong kek.

Sejurus kek dipotong, bunga api yang diletakkan di atas kek tersebut meletup dan memercikkan serpihan api yang besar.

Pengantin perempuan yang dilihat ketakutan melarikan diri dari pelamin untuk mengelakkan percikan api daripada mengenai dirinya.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Rozali, bunga api itu sepatutnya diletakkan di tepi kek dan bukan di atasnya.

“Salah letak. Sepatutnya, ia diletak di tepi kek. Ideanya menarik tetapi membuatkan keadaan menjadi cemas,” katanya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Bahayanya! Ia boleh mencetuskan kebakaran,” kata seorang netizen.

“Panik jadinya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI