fbpx

Tiga negara ‘haram’ ke Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Congo dihalang beraksi dalam saingan Piala Dunia sekiranya layak selepas wujud campur tangan pihak ketiga dalam organisasi FECOFOOT. - AFP

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan penggantungan ke atas tiga negara daripada menyertai Piala Dunia FIFA 2026 ekoran pelbagai isu melibatkan persatuan bola sepak masing-masing.

Russia kekal digantung daripada semua kejohanan antarabangsa termasuk Piala Dunia dan Kejohanan Eropah selepas pencerobohan negara itu ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Larangan tersebut turut melibatkan kelab domestik Russia yang tidak dibenarkan beraksi dalam pertandingan anjuran Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) seperti Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Terbaharu, FIFA turut menggantung Persatuan Bola Sepak Congo (FECOFOOT) dan Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF) yang berkuat kuasa serta-merta sekali gus mengesahkan kedua-dua negara tidak layak menyertai Piala Dunia 2026.

“FECOFOOT digantung serta-merta kerana campur tangan serius pihak ketiga dalam urusan organisasi yang melanggar Statut FIFA,” jelas FIFA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, PFF digantung kerana gagal mematuhi syarat untuk melaksanakan perlembagaan baharu yang bertujuan memastikan proses pemilihan lebih adil dan demokratik.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, Congo kini menghuni tangga tercorot Kumpulan E dalam pusingan kelayakan CAF, manakala Pakistan berada di kedudukan terakhir Kumpulan G di pusingan kelayakan AFC. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI