fbpx

Halo Delivery: Revolusi perkhidmatan penghantaran di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian Pengarah Kawasan Halo Delivery. Dari kiri, En. Syahminan (Lawas, Sarawak); Encik Arif (Pontian, Johor); Puan Izyan (Seberang Perai, Pulau Pinang); Encik Ariff Fadhli (Lembah Pantai, Kuala Lumpur); dan Ustaz Yusof (Pekan, Pahang).

KUALA LUMPUR – Seiring dengan perkembangan teknologi dan permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penghantaran, Techzilla Global Solution Sdn. Bhd., pemilik kepada Halo Delivery muncul dengan penyelesaian inovatif bagi pengguna di Malaysia.

Ditubuhkan pada Julai 2018, aplikasi penghantaran ini dimiliki sepenuhnya oleh rakyat tempatan dan kini telah berkembang ke seluruh negara, termasuk Lembah Klang dan bandar-bandar utama.

Dengan lebih daripada 1.5 juta muat turun, Halo Delivery berperanan sebagai penyedia perkhidmatan penghantaran yang bukan sahaja pantas dan berpatutan, malah turut memberi impak besar kepada ekonomi tempatan melalui konsep ekonomi gig.

Penyelesaian untuk pasaran luar bandar

Diasaskan dengan tujuan untuk menyelesaikan cabaran penghantaran bagi perniagaan kecil dan individu di kawasan pinggir bandar serta luar bandar, Halo Delivery bermula di Batu Pahat, Johor pada 2019.

Syarikat ini berusaha menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama, sekaligus membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada masyarakat setempat.

Sebagai rakan kongsi Program e-Rezeki Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) serta penerima pengiktirafan status Malaysia Digital (MD), Halo Delivery berpegang teguh kepada prinsip inovasi dan keterangkuman dalam memperluaskan operasinya.

Menawarkan lebih daripada sekadar penghantaran makanan, Halo Delivery menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti servis pick-up, farmasi, penawaran barangan runcit dan tambah nilai kredit telefon prabayar.

Paparan aplikasi Halo Delivery yang ringkas dan mesra pengguna.

Dengan harga yang kompetitif, platform berkenaan menjadi pilihan utama bagi pengguna yang mencari penyelesaian penghantaran yang mudah dan menjimatkan.

Selain memacu pertumbuhan ekonomi, Halo Delivery turut aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR), termasuk menyediakan motosikal kepada golongan asnaf melalui kerjasama dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Selain itu, syarikat turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu kurang upaya (OKU), bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan program i-Saraan KWSP bagi memastikan perlindungan sosial pekerja gig, serta menjadi rakan strategik kepada Yayasan Noor Al Syakur (Yanas) dalam program kebajikan Masyarakat.

Visi masa depan: Ke arah pasaran global

Sebagai pemain utama dalam industri penghantaran, Halo Delivery telah menerima pelbagai anugerah berprestij, antaranya:

🏆 Pemenang 10 Teratas Anugerah E50 2024 (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta SME Corp).

🏆 Rakan Platform Ekonomi Perkongsian Berprestasi Terbaik oleh MDEC.

🏆 Jenama Pilihan Pelanggan – The World Muslimpreneur.

🏆 Aplikasi Penghantaran Makanan No.1 ASEAN 2023 – #1 ASEAN Award Magazine.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (tiga dari kanan) menyampai anugerah E50 kepada Pengarah dan Pengasas Halo Delivery, Tuan Haji Jalluddin, baru-baru ini.

Halo Delivery juga telah mengembangkan sayapnya ke Indonesia pada akhir 2024, dan dijangka memasuki pasaran Singapura pada suku kedua tahun ini.

Dengan sokongan kerajaan menerusi program Geran Malaysia Digital X-Port MDEC serta bantuan dari SME Corp dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Halo Delivery berhasrat untuk memperluaskan operasinya ke peringkat ASEAN dan global dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sementara di peringkat tempatan, syarikat ini bertekad untuk menambah lebih ramai Pengarah Kawasan, Peniaga dan Penghantar; meluaskan pasaran ke seluruh daerah di Malaysia; serta meningkatkan infrastruktur teknologi bagi menyediakan perkhidmatan lebih cekap

Dengan setiap penghantaran yang dilakukan, Halo Delivery terus komited dalam memperkasakan komuniti, menyokong ekonomi tempatan dan membina kepercayaan pelanggan, menjadikannya pilihan utama dalam industri penghantaran di Malaysia.

Bagi menghargai sokongan pengguna, Halo Delivery kini menjalankan kempen istimewa sehingga 15 Mac 2025, di mana pelanggan berpeluang memenangi cincin emas 916 bernilai lebih RM1,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI