fbpx

Dyche enggan panjangkan isu bersama Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARNES (tengah) muncul wira Burnley apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti ketika menewaskan Liverpool 1-0 awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Burnley, Sean Dyche enggan memanjangkan isu pertengkarannya dengan Jurgen Klopp ketika pasukannya berjaya menewaskan Liverpool 1-0 di Anfield awal pagi semalam.

Menurutnya, konfrantasi bersama pengurus dari Jerman itu adalah perkara biasa dan tidak ada yang perlu diperbesarkan.

Kemarahan kedua-dua pengurus itu memuncak sebaik wisel aksi separuh masa pertama dibunyikan ekoran insiden yang berlaku di atas padang sebelum itu dan pertengkaran mulut itu berlaku ketika mereka berada di dalam terowong menuju ke bilik persalinan.

Insiden itu berlaku ketika perlawanan berada di penghujung babak pertama apabila Fabinho dilihat menyepak Ashley Barnes menyebabkan dia dilayangkan kad kuning.

Ini menyebabkan Dyche tidak berpuas hati dengan keputusan itu, sekali gus menimbulkan kemarahan Klopp.

“Tidak ada yang luar biasa. Ia hanyalah melibatkan dua pengurus yang mahu memenangi perlawanan,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Burnley menamatkan kemarau kemenangan menentang Liverpool di Anfield untuk tempoh 46 tahun, selain meleburkan rekod 68 perlawanan tanpa kalah The Reds di laman sendiri.

Kemenangan tersebut juga membolehkan Burnley sedikit lega apabila memiliki kelebihan tujuh mata berbanding tiga pasukan terbawah yang berada pada zon penyingkiran.

“Mereka selalu menghadirkan ancaman tetapi kami lebih cemerlang dan konsisten.

“Saya sangat gembira melihat penjaga gol dan pemain pertahanan memberikan fokus sepenuhnya untuk menghalang mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI