fbpx

Marygrace juara CSOIAM, raih hadiah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Selepas lapan minggu berjuang, gelaran juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) akhirnya menjadi milik Marygrace pada konsert final yang berlangsung di Studio NTV7, di sini, hari ini.

Dinobatkan sebagai juara selepas meraih markah dan undian tertinggi, Marygrace, 24, membawa pulang wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Malam ini, penyanyi kelahiran Keningau, Sabah itu menerima pujian daripada barisan juri selepas mendendangkan dua lagu iaitu Persamaan nyanyian asal Freedom dan single baharunya berjudul Titik Mula.

Marygrace sempat menitipkan rasa syukur apabila impiannya untuk membawa ibu tercinta menunaikan ibadah umrah bakal menjadi realiti dengan wang kemenangan tersebut.

“Alhamdulillah. Mummy, kita dapat pergi tunaikan umrah. Terima kasih kepada barisan juri kerana percayakan saya setiap minggu.

“Terima kasih kepada seluruh pasukan produksi kerana sentiasa membantu saya. Kepada penyokong saya, terima kasih banyak,” katanya dalam nada sebak usai diumumkan sebagai juara.

Sementara, tempat kedua pula menjadi milik Kai Deva yang menerima wang tunai berjumlah RM50,000.

Jimi pula berada di posisi ketiga dengan hadiah wang tunai RM30,000 sementara Zazzleen berada di tangga tercorot selain membawa pulang hadiah RM20,000

Markah keseluruhan para peserta dinilai berdasarkan 60 peratus daripada tiga juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan serta baki 40 lagi bergantung kepada undian penonton.

Sementara, aktor Indonesia, Nicholas Saputra dan penyanyi, Faizal Tahir pula dijemput sebagai juri jemputan.

Program tersebut dihoskan Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI