fbpx

Tepati ramalan, Liza Aziz juara GV11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Menepati ramalan ramai sejak awal pertandingan, penyanyi Liza Aziz telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) dalam konsert akhir yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Naib juara pula disandang Ning Baizura manakala tempat ketiga menjadi milik Sheila Abdull. Dadali Dyrga pula berada di tempat keempat, Zehra Zamri kelima dan The Lima di tempat keenam.

Pada malam konsert akhir, Liza telah menyampaikan tiga lagu termasuk lagu solo, I Surrender nyanyian asal Celine Dion, lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan lagu battle Angkat nyanyian asal Mimifly.

Juri tetap Datuk Syafinaz Selamat sewaktu memberi komen berkata, persembahan Liza sangat baik.

“Liza nampak sangat cantik pada malam ini. Tidak semua penyanyi mampu menyanyi lagu Celine Dion dengan baik. Tetapi Liza Aziz boleh. Saya sukakan kelembutan yang ditunjukkan dalam persembahan Liza pada malam ini terutamanya di penghujung,” katanya.

Sementara itu Liza berkata, dia bersyukur kerana akhirnya kemenangan menjadi miliknya.

“Alhamdulillah akhirnya kini pasti saya menang. Terima kasih kepada keluarga, ‘glam team’, kru produksi dan semua peminat sama ada yang suka ataupun tidak,” katanya.

Selaku juara, Liza membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI