fbpx

Liga Super: Terengganu FC unggul di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Negeri Sembilan FC, Muhamad Aqil Abdul Razak, tertewas selepas sepakkan percuma yang disempurnakan pemain Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov, sehingga membolisi gawang gol ketika beraksi pada Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, sebentar tadi. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mengutip mata tidak kesampaian apabila tumpas kepada Terengganu FC (TFC), 0-2, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Tanpa kelibat pemain import dari Brazil, Ricardo Pires Santos yang mempamerkan prestasi hambar, NSFC mengatur serangan melalui gandingan Jacque Faye dan Mohamad Ikhwan Yazek sejak awal permainan.

NSFC hampir mendapatkan gol pertama pada minit ke-3, namun sepakan leret R. Barathkumar terkena tiang kiri gol pasukan pelawat.

TFC menyumbat gol pertama pada minit ke-25 melalui sepakan percuma Nurillo Tukhtasinov dari jarak 30 meter ke gawang NSFC.

Memasuki babak kedua, NSFC menggandakan asakan ke kubu pasukan pelawat namun ketangkasan penjaga gol TFC, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin menafikan usaha pasukan tuan rumah.

Gawang TFC hampir bolos pada minit ke-58 tetapi permain pertahanan, Muhammad Safwan Mazlan berada pada kedudukan tepat menyepak bola keluar di atas garisa gol ketika penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, gagal menyelamatkan sepakan pemain import NSFC, Jacque Faye.

Pada minit ke-79, TFC memperoleh sepakan penalti selepas penelitian video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan pemain NSFC ketika asakan dalam kotak penalti.

Sepakan Nelson Wilfredo Bonilla Sanchez memastikan TFC mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI