fbpx

Suspek tembak tukang cuci di Setia Alam berang lepas ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasil siasatan awal pihak polis mendapati tindakan suspek melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, semalam kerana berang ditegur seorang pekerja pembersihan.

KUALA LUMPUR – Siasatan awal pihak polis mendapati motif seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam semalam adalah kerana berang ditegur seorang pekerja pembersihan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pekerja terbabit menegur suspek supaya mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.

Katanya, suspek lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an itu juga dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

“Bagaimanapun, motif sebenar tiada (dikenal pasti) lagi,” katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri di sini, hari ini.

Mohd. Suhaily berkata, siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan Polis Selangor dengan bantuan JSJ Bukit Aman.

“Saya yakin kes ini dapat selesaikan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Kosmo! melaporkan seorang tukang cuci cedera ditembak dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu menyebabkan mangsa cedera di punggung dan kaki.

Suspek kemudian menahan kereta seorang pengunjung sambil mengacukan senjata dan memaksa pemandunya supaya membawanya keluar dari lokasi kejadian.

Sebaik sampai di kawasan lebuh raya, suspek mengarahkan pemandu Perodua Ativa itu supaya memberhentikan kenderaan sebelum dia turun dan menghilangkan diri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI