fbpx

Wanita ditangkap turunkan bendera AS dari tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CRYSTAL (kanan) ditangkap kerana menurunkan bendera AS. - Foto Pejabat Syerif Daerah Kern

WASHINGTON – Seorang wanita California ditangkap selepas dia menurunkan bendera Amerika Syarikat (AS) sebelum menaikkan bendera Mexico di negeri itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Crystal Aguilar, 24, turut mengancam untuk membunuh seorang anggota pihak berkuasa dan keluarganya ketika dia digari selepas melakukan perbuatan tersebut. 

Wanita itu ditangkap oleh anggota-anggota Syerif Daerah Kern selepas beberapa orang melaporkannya dia cuba mencuri bendera Amerika dari tiang bendera di Hart Park pada pukul 9.30 pagi (waktu tempatan). 

Aguilar yang ibu bapanya diusir pulang ke negara asal mereka ketika dia masih kanak-kanak kemudian melemparkan bendera AS ke dalam lumpur.

Dia kemudian menaikkan bendera Mexico di sebatang tiang. 

“Anda tidak akan memberitahu saya apa yang perlu dilakukan, ini adalah tanah Mexico,” kata Aguilar kepada anggota syerif itu.

Dia ditahan atas tuduhan vandalisme, menentang penangkapan, menceroboh dalam kenderaan dan melanggar ordinan daerah kerana memiliki ganja. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI