fbpx

Ekonomi China, pentadbiran AS tidak jejas sasaran perdagangan RM2 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul ketika ditemui pemberita selepas program Golf Amal KITA 2025 hari ini. -Foto M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

SHAH ALAM – Nilai perdagangan Malaysia diyakini kekal melebihi RM2 trilion tahun ini meskipun berdepan isu potensi kelembapan ekonomi China dan pentadbiran baharu Amerika Syarikat.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau optimis dengan perkara itu bersandarkan keadaan ekonomi negara yang dijangka terus berkembang.

“Isu-isu global seumpama itu dilihat tidak akan memberi impak besar kepada nilai perdagangan negara ini.

“Sasaran kita memang mahu kekal RM2 trilion seperti yang dicapai tahun lepas. Kita masih menjangkakan pertumbuhan positif ekonomi ketika ini,” katanya pada program Golf Amal KITA 2025 di Glenmarie Golf and Country Club di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tahun lalu, nilai perdagangan Malaysia meningkat 9.2 peratus kepada rekod tertinggi RM2.879 trilion sekali gus melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI