PETALING JAYA – Orang ramai menyifatkan kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah di Parlimen Muar bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk sebagai majlis menyambut menantu.
Menerusi video tular dikongsikan orang ramai di media sosial, Syed Saddiq dan Bella yang merupakan duta satu jenama pakaian telah mengadakan misi bantuan anjuran syarikat itu bersama Parlimen Muar, hari ini.
Kedua-dua mereka memakai pakaian sedondon warna ungu jenama syarikat berkenaan yang mana Syed Saddiq mengenakan baju Melayu lengkap bersamping songket dan bersongkok, manakala Bella memakai baju kurung moden.
Malah sewaktu menjamu selera di sebuah lokasi, kelihatan sekumpulan wanita yang juga penduduk kampung memakai baju kurung berwarna ungu, sekali gus menjadikan kehadiran Syed Saddiq dan Bella seperti majlis menyambut menantu.
Penduduk juga tidak melepaskan peluang bersalam dan bergambar bersama Syed Saddiq dan Bella sepanjang program berkenaan.
Menerusi komen di media sosial, ramai yang turut ‘merestui’ selain mendoakan semoga dipanjangkan jodoh kedua-dua mereka.
“Muar macam tengah menyambut menantu,” komen seorang pengguna TikTok.
“YB Syed Saddiq dah macam bawa isteri nak kenalkan dengan penyokong kawasan dia,” kata seorang individu.
“Syed Saddiq memang ‘gentleman’, asal naik kereta mesti Syed Saddiq buka pintu, bukakan botol air, sendukkan makanan,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
“Yang menyedia makanan pun, memang buat makanan beradab ya,” seloroh seorang individu. – KOSMO! ONLINE
@atyzaty13 Alolo suwitnya sharing sharing pulak depa dua ni #syedsaddiq #bellaastilah #muar #fyp ♬ original sound – Tyty’sssss