fbpx

Umum selepas jumpa Ahmad Zahid – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (dua kanan) mengiringi Al-Sultan Abdullah ketika majlis penyerahan replika cek pada program berkenaan yang turut dihadiri Fadillah dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

SHAH ALAM – “Saya akan mengumumkan keputusan itu selepas berjumpa Ahmad Zahid nanti”.

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai ura-ura beliau bakal meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beliau akan menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan perkara tersebut.

“Walau apa jua keputusan yang dibuat nanti, saya akan berbincang dahulu dengan beliau. (Kemudian baru saya akan memaklumkannya dan membuat pengumuman secara rasmi,” katanya ketika ditemui pada program Golf Amal KITA 2025 di Glenmarie Golf and Country Club di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan program itu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sebelum ini, wujud dakwaan Tengku Zafrul dijangka meninggalkan UMNO selepas tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut selepas dilaporkan dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lalu.

Dalam perkara berasingan, kata Tengku Zafrul, beliau turut mengambil maklum mengenai cadangan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas penggalnya berakhir pada Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI