fbpx

Ops Sky: 18 individu lagi akan dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil 18 individu bagi merakam keterangan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sehingga kini, seramai 39 saksi yang ada kaitan dengan kes itu telah dirakam keterangan.

“Dalam tempoh terdekat ini, kita akan memanggil lagi kira-kira 18 individu yang telah dikenal pasti untuk dirakam keterangan.

“Setakat ini, siasatan masih lagi berjalan dan kita masih memerlukan masa untuk melengkapkannya secara keseluruhan,”katanya.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan beberapa bank untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan pinjaman oleh pelanggan yang dikenal pasti.

Sebelum ini, menerusi Op Sky, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi menerusi Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang.

Berikutan itu, sebanyak 4,000 dokumen juga telah dirampas bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI