fbpx

TBS telah ‘dicuci’, tiada lagi warga asing tidur merata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak pengurusan dan keselamatan TBS ketika melakukan rondaan serta mengenakan tindakan ke atas warga asing yang tidur di terminal terbabit.

PETALING JAYA – Pihak pengurusan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) telah mengambil tindakan ke atas warga asing yang menjadikan premis itu sebagai ‘rumah’ mereka.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook TBS semalam, pihak pengurusan serta keselamatan telah melakukan rondaan dan tindakan ke atas warga asing yang tinggal dan ‘tidur’ di kawasan terbabit.

“Kami memahami kepentingan keselesaan dan keselamatan di TBS. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil untuk menangani isu warga asing tidur di terminal.

“Antaranya, menambahan kerusi di kawasan tertentu, penguatkuasaan harian oleh pihak pengurusan dan keselamatan serta bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk penyelesaian jangka panjang,”tulisnya pada hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, TBS berterima kasih atas kerjasama orang ramai dalam memastikan terminal itu kekal selesa dan mesra pengguna.

Sebelum ini, tular rakaman video warga asing berkumpul di TBS sehingga mengundang rasa tidak selesa warga tempatan.

Menerusi klip video berdurasi 56 saat itu memaparkan warga asing duduk serta baring di kawasan berumput di sekitar kawasan TBS.

Kehadiran golongan warga asing itu turut menimbulkan rasa kurang selesa apabila ada dalam kalangan mereka yang didakwa membuang sampah merata-rata.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI