fbpx

[VIDEO] Tidak wajib bagi duit pada ibu bapa kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Golongan anak yang sudah berpendapatan disunatkan untuk memberi hadiah atau wang ringgit kepada ibu bapa mereka.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, seorang anak itu hanya disunatkan untuk memberi wang kepada orang tua mereka sekiranya kehidupan mereka lebih senang atau kaya.

Namun jelas Ustaz Azhar, jika orang tua miskin atau memerlukan duit bagi kehidupan mereka seharian, maka anak-anak wajib untuk menyumbang dan mmemberikan mereka hadiah dan duit belanja.

“Kalau mak ayah kita ada duit, pencen pun besar maka anak-anaknya disunatkan untuk menghulurkan nafkah mereka, nak bagi dapat pahala tak bagi tidak berdosa.

“Tetapi jika ibu bapa itu miskin, memerlukan RM1,000 sebulan untuk kehidupan mereka, maka jika dia ada anak lima orang wajib ke atas mereka untuk beri RM200 seorang, jika tidak beri berdosa.

“Anak-anak yang wajib beri nafkah pula tidak tergolong dalam kalangan golongan fakir dan miskin,” jelas beliau dalam satu sises soal jawab agama baru-baru ini.

Tambah Ustaz Azhar, jika ibu bapa kita adalah orang yang senang maka tidak wajib untuk anak-anak beri hadiah dan nafkah kepada mereka, hukumnya adalah sunat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI