fbpx

Gagal seludup 200 pokok bunga ros, orkid berpenyakit dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok bunga ros dan orkid yang dirampas di dalam sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton di SJR Chabang Empat Salam, Rantau Panjang kelmarin. -Foto PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 200 pokok bunga ros dan orkid dipercayai diserang penyakit selepas menahan sebuah trak pikap dalam sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam di sini kelmarin.

Trak pikap jenis Mitsubishi Triton itu ditahan kira-kira pukul 2.45 petang semasa anggota PGA menjalankan tugas menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kenderaan itu didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan dalam trak pikap membawa kepada penemuan lebih 200 pokok bunga ros dan orkid dipercayai diseludup dari Thailand.

“Siasatan mendapati, tanaman yang dianggarkan bernilai RM35,000 itu dipercayai sudah mempunyai serangga perosak dan penyakit.

“Pemandu trak pikap berusia 57 tahun berperanan sebagai penghantar tanaman tersebut untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barang rampasan dihantar ke kompeni taktikal PGA Taman Bakti di sini untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI