fbpx

Barang kemas isteri RM40,000, wang tunai RM4,000 hangus rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sisa elektronik yang dirampas dalam serbuan di premis itu di Jalan Kapar, Klang, semalam.

KOTA BHARU – Seorang bekas kontraktor hanya mampu berputih mata apabila barangan kemas milik isteri bernilai RM40,000 dan wang tunai sebanyak RM4,000 hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya di Kampung Padang Enggang, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam semasa mangsa, Fauzi Che Man, 67, berada di ruang dapur rumahnya sambil menonton televisyen bersama isteri dan bapa mentuanya yang baru tiba dari Gua Musang.

Fauzi berkata, dia pada awalnya terdengar beberapa kali bunyi letupan dan menyangka kanak-kanak bermain mercun di kawasan kejiranan.

Menurutnya, tidak berapa lama kemudian, dia melihat percikan api berlaku pada meter elektrik di dalam rumah sebelum kebakaran terus merebak.

“Saya terkejut dengan situasi itu sebelum terus memaklumkan kepada isteri dan bapa mentua untuk keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya hanya sempat mengambil dompet sahaja. Apabila api marak, saya baru teringat wang tunai berjumlah RM4,000 disimpan di dalam almari dan barang kemas isteri yang dianggarkan kira-kira RM40,000 ada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Kampung Padang Enggang di sini semalam.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.04 malam sebelum seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong dan Kota Darul Naim bergegas ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI