fbpx

12 cedera, kemalangan bas ekspres dan lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN hadapan bas ekspres dinaiki 22 individu termasuk pemandu bas yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer 35.3 Lebuhraya PLUS menghala arah selatan, di Kulai awal pagi hari ini.

KULAI – Seramai 12 daripada 24 mangsa cedera apabila sebuah bas ekspres terlibat dalam kemalangan dengan lori tangki di kilometer 35.3, Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kulai, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Roizani Rosdi berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 3.24 pagi dan seramai 15 anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati sebuah bas dinaiki 21 penumpang dengan seorang pemandu terlibat dalam kemalangan dengan lori tangki yang dinaiki dua lelaki maing-masing pemandu dan kelindan.

“Kemalangan itu menyebabkan 12 mangsa cedera dengan kesemua mereka dihantar ke hospital Kulai bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Antara kecederaan termasuklah seorang wanita Myanmar berusia 76 tahun patah kaki kiri dan tangan kiri, seorang lelaki tempatan cedera di muka manakala seorang lelaki Singapura cedera di mulut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI