fbpx

Piala FA: Man. City hanya menang tipis ke atas Leyton Orient

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JARINGAN penyamaan, Abdukodir Khusanov (tengah) mencetuskan kebangkitan Man. City untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Leyton Orient, sebentar tadi. - AFP

LONDON – Hasrat Manchester City untuk ‘kenduri gol’ tidak terlaksana apabila hanya menang tipis 2-1 ke atas Leyton Orient pada aksi pusingan keempat Piala FA di Brisbane Road, sebentar tadi.

Walaupun wujud jurang terlampau besar antara kedua-dua pasukan, skuad kendalian Pep Guardiola itu terpaksa berdepan detik cemas apabila Leyton Orient terlebih dulu berada di depan dan kemenangan Man. City hanya dapat dinoktahkan hasil kebangkitan di babak kedua.

Bagaimanapun kejayaan ini sedikit sebanyak mampu mengubat kekecewaan penyokong The Citizen yang dipalit duka selepas dibelasah Arsenal 1-5 pada aksi Liga Perdana Inggeris, Isnin lalu.

Seperti dijangka, Guardiola merehatkan penyerang utama, Erling Haaland dan tugas selaku peledak disandarkan kepada bintang Mesir, Omar Marmoush.

Beraksi di laman sendiri, Leyton Orient akhirnya ceria apabila percubaan Jamie Donley pada minit ke-16 terkena penjaga gol, Stefan Ortega hingga menghasilkan gol pembukaan perlawanan.

Walaupun berjaya memberikan tekanan, tuan rumah seakan lebih bersedia untuk mempertahankan gawang daripada bocor dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebelas minit selepas aksi bersambung, pertahanan baharu Man. City dari Uzbekistan, Abdukodir Khusanov akhirnya berjaya menempatkan diri di kedudukan tepat untuk menghasilkan gol penyamaan.

Tonggak berpengalaman Man. City, Kevin de Bruyne muncul wira pasukan selepas menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-79.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI