fbpx

‘Ziana Zain ada ‘class’, saya percaya dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alyph bersyukur apabila album sulungnya, The Storm mendapat reaksi positif daripada peminat sejak dilancarkan seminggu lalu. - Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – “Saya tak peduli, itu kisah dan hak mereka.”

Demikian respons penyanyi Alyph ketika ditanya sama ada promosi lagu Gerak dan Teman terjejas susulan regu duetnya, Ziana Zain, dikaitkan dengan isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ujar Alyph atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdullah, 34, tumpuannya hanya pada karier muzik sendiri sekali gus menyifatkan kontroversi melibatkan artis lain tidak memberi kesan terhadap dirinya.

“Saya tak kisah sebab apa-apa cerita artis yang berdepan kontroversi ada hak dan itu kisah mereka.

“Apa-apa pun berlaku, saya tetap di sini untuk beri sokongan. Tapi, pada saya Kak Gee (panggilan mesra buat Ziana) adalah seorang yang ada ‘class’, saya percaya kepadanya.

“Lagi pula, saya yakin mereka yang terlibat tahu apa yang harus dilakukan untuk menghadapi situasi ini,” katanya kepada Kosmo! Online usai membuat persembahan sempena pelancaran albumnya, The Storm, di sini, hari ini.

Terdahulu, tiga selebriti dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram menerusi Ops Sky yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan.

Individu terbabit termasuk Ziana, Datuk Jalaluddin Hassan dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menjelaskan mereka bukan suspek sebaliknya hanya dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

Perkembangan lain, penyanyi asal Singapura itu bersyukur apabila album sulungnya, The Storm mendapat reaksi positif daripada peminat sejak dilancarkan seminggu lalu.

“Hari ini Apple menganjurkan acara untuk saya berkongsi pengalaman dalam proses penghasilan album The Storm.

“Sebenarnya ini adalah platform diberi untuk saya buat persembahan dan bertemu peminat.

“Album ini baru seminggu dilancarkan, jadi peminat yang hadir mungkin sudah dengar dan mahu tanya lebih lanjut mengenainya,” katanya.

Alyph bergandingan dengan Ziana menerusi dua lagu dalam album The Storm iaitu Teman dan Gerak yang mula diperdengarkan bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI